KUCHING, 8 Feb, - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abang Haji Openg berkata sebagai permulaan ucapan semasa Majlis Makan Malam Kejiranan Mesra ( KJM ), Dewan Bandaraya Kuching Utara bertempat di Dewan Santapan DUN Sarawak.
Katanya lagi, pembesaran jalan Santubong juga sebagai laluan ART dari Airport Kuching ke Damai dengan ditambah laluan basikal dan penjalan kaki bagi meningkatkan lagi taraf dan pembangunan di kawasan laluan tersebut.
Tambah nya lagi, dengan dasar perumahan yang baharu, kawasan tersebut dan kawasan lain di bawah DBKU akan dibangun berkonsep perumahan yang lebih berkualiti dan tersusun seperti Perumahan di Darulhana dan Sungai Bedaun yang akan melibatkan rakyat golongan B40 dan M40.
Beliau juga meminta semua rakyat dalam Sarawak Geopark Delta di kawasan DBKU yang telah diiktiraf oleh UNESCO untuk bersama Kerajaan menjaga habitat, kebersihan, estika geopark demi kelestariannya.
Untuk DBKU kearah Smart City menjelang Tahun 2030 dan seterusnya, maka Kerajaan telah merancang jangka panjang pembangunan infrastruktur bernilai lebih RM1Billion iaitu Jalan dari Sejingkat melalui Jambatan Sejingkat yang akan siap dalam masa dua tahun ke Tanjong Bako dan ke Jalan berdekatan Unimas Samarahan, katanya lagi.
Beliau juga memaklum bahawa para Duta dan ahli perniagaan dari seluruh dunia seramai satu ribu orang akan ke Kuching bagi melihat dan mendengar kejayan dasar ekonomi, kestabilan kerajaan serta perpaduan rakyat Sarawak pada minggu hadapan.
Pada tahun 2025 akan diadakan Mesyuarat oleh semua Menteri Luar dari Negara ASEAN dan juga Mesyuarat Air Sedunia pada Tahun 2027.
Pada akhir ucapan, beliau berterima kasih diatas memasukan penduduk Old Kuching Town dalam KJM DBKU dan semua warga Kerja DBKU serta KJM diatas kejayaan dan kerjasama mengiatkan usaha pembangunan dan program komuniti sama ada sosial, ekonomi dan Fizikal.
Di akhir majlis, YAB Premier Sarawak juga telah menyampai pelbagai kategori Anugerah KJM kepada para penerima.
Turut hadir adalah Isteri Premier Sarawak, YABhg Datuk Patinggi Puan Sri Hajjah Juma'ani bt Tun Tuanku Haji Bujang, Setiausaha Kerajaan Sarawak YAB Datuk Amar Abu Bakar Marzuki dan isteri, ADUN N4 Pantai Damai, YB Datuk Dr Abdul Rahman bin Junaidi, ADUN N5 Demak Laut YB Datuk Dr Hadzlan Hipni, ADUN N6 Tupong YB Fazruddin Abdul Rahman, ADUN N7 Semariang YB Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman, ADUN N8 Satok YB Dato Ibrahim bin Baki, Datuk Bandar DBKU, Tuan Haji Hilmy Othman dan dif- did kenamaan lain.